Latest News

konvoKementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-Azhar Mesir Tahun 2009 sempena meraikan kejayaan mahasiswa dan mahasiswi yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar.

Ia bakal berlangsung pada hari Ahad 25 Oktober 2009 bermula jam 8 pagi hingga 1 tengahari bertempat di Al-Azhar Conference Centre, Nasr City.

Majlis akan dirasmikan oleh PROF DATO’ IR. DR. RADIN UMAR BIN. RADIN SOHADI, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Read more

photo (8)photo (7)photo (6)photo (4)

photo (3)photo (2)photo (1)photo

27 Jun 2009 yang lalu merupakan hari terakhir En. Mohd Puat Yusof bertugas sebagai Atase Pentadbiran dan Kewangan di Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Beliau mula bertugas di Mesir sejak tahun 2005.

Sempena kepulangan beliau ke Malaysia, JPMK dan pelajar-pelajar di sini telah meraikan beliau dan keluarga dalam satu majlis jamuan makan malam di DMAK.

Pihak JPMK dan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan dan tugasan yang telah dilaksanakan. Semoga ia menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dan berbakti kepada anak bangsa dan agama di tanah air. Terima kasih dan selamat kembali bertugas di Malaysia.

Sukacita dimaklumakan bahawa Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia telah menetapkan Garis Panduan bagi Penggunaan Dataran Hayyu Asyier di Kompleks Asrama Malaysia Hayyu Asyier, Nasr City. Garis Panduan tersebut merangkumi borang permohonan bagi menggunakan dataran tersebut serta prosedur yang perlu dipatuhi sebelum dan semasa menggunakan dataran.

Sehubungan dengan itu, persatuan-persatuan, badan kebajikan anak negeri dan kelab yang ingin menggunakan Dataran Hayyu Asyier perlu mengemukakan borang permohonan yang boleh didapati di pejabat JPMK dan laman web rasmi JPMK di www.jpmk.info.

Bersama ini disertakan fail Garis Panduan Penggunaan Dataran Hayyu Asyier, Jawatankuasa Pengurusan Dataran dan Borang Permohonan Penggunaan Dataran. Sekian, terima kasih.

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pentadbir laman web JPMK telah mengadakan satu ruang untuk memuat turun borang-borang yang diperlukan untuk urusan JPMK. Ia bertujuan untuk memudahkan pelajar.

Antara borang yang telah disediakan adalah Borang Perkahwinan, Borang Permohonan Terjemahan Sijil Sementara, Borang Permohonan Kad Pelajar JPMK dan sebagainya.

Semua pelajar boleh dapatkannya di ruang muat turun yang disediakan di laman ini.

Sekian terima kasih.

Pengendali Laman Web JPMK

Update: Borang-borang telah dimasukkan, sila ke ruangan muat turun

00210011

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri telah mengeluarkan Travel Advisory : Influenza A (H1N1) untuk perhatian semua pelajar Malaysia di Mesir .

Harap maklum

Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah