Pengenalan
Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) diwujudkan pada tahun 1980 di bawah pentadbiran Bahagian Pengurusan Pendidikan Luar Negara, Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelumnya, urusan hal   ehwal pelajar dikendalikan oleh seorang   Atase Pendidikan di bawah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah Mesir semenjak tahun 1964.
Kini, JPMK terletak di bawah Bahagian Hal Ehwal Pengurusan Pembangunan Pelajar (BHEPP), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, sebagai sebuah organisasi untuk memberi perkhidmatan dan membangunkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar Malaysia di Mesir.
Pada tahun 2003, JPMK telah menubuhkan satu cawangan di Iskandariah untuk menjaga kebajikan pelajar di sana yang semakin bertambah. Pejabat JPMK terletak di Tingkat 1, Bangunan Kedutaan Besar Malaysia Mesir di alamat 21 Al-A’nab Street, Mohandisein Giza. Manakala pejabat JPMK cawangan Iskandariah terletak di 25, Sidi Kamal Street, Mandara, Iskandariah.

