JPMK.info  Laman Web Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Mesir. Malaysian Students Department of Cairo, Egypt

Persuratan

Terdapat beberapa urusan atau permohonan yang memerlukan kepada surat atau kenyataan resmi dari pihak Jabatan Penuntut sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap pelajar.

Oleh yang demikian, JPMK telah mengeluarkan surat sebagai kemudahan kepada pelajar menjalankan urusan sama ada berkaitan dengan pihak universiti, imigresen dan sebagainya.

Antara surat adalah seperti berikut;

1)      Surat mohon keuzuran atas kelewatan memperbaharui visa (Surat I’tizar)

2)      Surat mewakilkan pelajar berkenaan untuk menguruskan urusan sijil dan hal-hal berkaitan untuk pelajar yang tamat belajar (Surat Tawkil)

3)      Surat pengesahan perkahwinan

4)      Surat pengesahan kelahiran

Bagaimana mendapatkan surat?

1)      Ambil sendiri dari meja surat di Pejabat JPMK Mohandesin, atau

2)      Minta dari kerani atau pegawai yang bertugas, atau

3)      Muat turun di bahagian muat turun surat

Bagaimana prosedur mengeluarkan surat?

1)      Dapatkan surat

2)      Tulis maklumat seperti yang diperlukan

3)      Dapatkan pengesahan dan tandangan pegawai

4)      Dapatkan pengesahan dari Kementerian Luar Negeri (untuk Surat Tawkil)

5)      SIAP- surat sah dikemukan kepada pihak yang berkenaan.

Lain-lain

Pihak JPMK sama sekali tidak mengeluarkan surat sokongan kepada pelajar mendapatkan bantuan atau biasiswa. Walau bagaimana pun, pihak JPMK akan menyokong permohonan pelajar untuk mendapatkan bantuan atau biasiswa.

Last update: September 1st, 2010

Comments are closed.