Kebajikan
1) Tabung
Dalam usaha membantu pelajar, sebuah tabung kecemasan bagi membantu pelajar yang memerlukan telah diwujudkan.
Dana untuk Tabung Kecemasan dan Rawatan ini adalah hasil sumbangan kerajaan negeri.
Oleh yang demikian, pelajar yang layak boleh memohon bantuan dari tabung ini.
Keputusan lulus permohonan bantuan akan dipaparkan melalui laman web JPMK.
Untuk permohonan dan pertanyaan berkenaan tabung ini, sila hubungi Atase Pendidikan (Kebajikan).
2) Peruntukan aktiviti
Melalui Unit Kebajikan, setiap persatuan yang berdaftar dengan Kedutaan/JPMK layak untuk memohon bantuan dari peruntukan aktiviti / program pelajar.
Setiap permohonan mestilah disertakan kertas kerja dasar program berkenaan.
Sebelum permohonan diluluskan, ia akan melalui beberapa prosedur antaranya, semakan oleh Atase Pendidikan (Kebajikan) sendiri dan dibawa ke Mesyuarat Homebased Staff JPMK.
Tempoh permohonan diluluskan adalah tertakluk kepada 2 minggu waktu kerja atau 1 bulan sebelum program dilaksanakan.
Program melibatkan semua pelajar adalah diutamakan.

